..KERANA DIRIMU..
Sewaktu aku jatuh
Jauh ke dalam
Gelap dan sendirian
Terseksa aku menunggunya
tetapi..
Belum sempat aku tiba ke dasarnya
Kau capai tanganku
Kau kerahkan tenaga menarikku
Menarikku ke atas
Ke arah cahaya keriangan
Dan disaat ku sudah terselamat
Kau dakapkan tubuhku
Dan ku amat berterima kasih padamu
Kerana tanpamu aku mungkin mati
Terhembus dalam dasar kesunyian
Aku kini masih berdiri
Hidup dengan keberadaan dirimu
Aku mampu tersenyum
Dan sentiasa gembira
Juga mencintai dirimu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan